Rasuah: Airbus ambil langkah wajar, elak kes berulang

Syarikat pengeluar pesawat di Eropah, Airbus yang disiasat terhadap dakwaan rasuah yang antara lain turut membabitkan AirAsia Group Bhd and AirAsia X
Syarikat pengeluar pesawat di Eropah, Airbus yang disiasat terhadap dakwaan rasuah yang antara lain turut membabitkan AirAsia Group Bhd and AirAsia X
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar pesawat di Eropah, Airbus yang disiasat terhadap dakwaan rasuah yang antara lain turut membabitkan AirAsia Group Bhd and AirAsia X Bhd berkata, ia telah mengambil tindakan sewajarnya untuk membuat pembaharuan dan memastikan dakwaan itu tidak akan berulang.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, ia telah menambah baik sistem pematuhannya secara signifikan di bawah penyeliaan Panel Kajian Semula Pematuhan Bebas.

Airbus berkata, syarikat itu komited untuk menjalankan perniagaan secara berintegriti.

Pengerusi Lembaga Pengarah Airbus Denis Ranque berkata: "Penyelesaian yang telah kami capai hari ini mula melaksanakan sesuatu yang baharu daripada amalan perniagaan yang tidak boleh diterima sebelum ini. Pengukuhan program pematuhan kami di Airbus dilaksanakan bagi memastikan salah laku seumpama itu tidak berlaku lagi.

“Persetujuan itu juga membuktikan bahawa keputusan untuk melaporkan secara sukarela dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa adalah satu keputusan yang tepat. Komitmen daripada ahli lembaga pengarah dan Jawatankuasa Etika dan Pematuhan dalam menyediakan sokongan sepenuhnya terhadap siasatan itu dan melaksanakan piawaian pematuhan yang diiktiraf di seluruh dunia telah membuka jalan ke arah persetujuan yang dicapai hari ini."

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Guillaume Faury berkata: “Persetujuan yang dicapai hari ini dengan pihak berkuasa Perancis, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) membuktikan kejayaan yang sangat penting bagi kami untuk membolehkan Airbus terus berkembang dengan mampan dan bertanggungjawab. Pengajaran yang diterima ini membolehkan Airbus menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai seperti yang kami mahukan.”

Airbus berkata, ia akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa pada masa depan susulan persetujuan itu, di samping menyemai budaya etika dan pematuhan yang kukuh dalam syarikat berkenaan.

Syarikat pengeluar pesawat itu telah mencapai persetujuan muktamad dengan Parquet National Financier (PNF) Perancis, Serious Fraud Office (SFO) UK dan Jabatan Keadilan (DOJ) AS bagi menyelesaikan siasatan pihak berkuasa membabitkan tuduhan rasuah.

Artikel Berkaitan:

Ia turut mencapai persetujuan akhir dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat (DoS) dan DoJ untuk menyelesaikan siasatan ke atas laporan yang tidak tepat dan mengelirukan yang dibuat kepada DoS mengikut Trafik Antarabangsa dalam Peraturan Senjata (ITAR)

Airbus turut bersetuju membayar penalti faedah dan kos kepada pihak berkuasa Perancis, UK dan AS berjumlah €3.598 billion (€1 = RM4.52). Penyelesaian kepada semua pihak berkuasa tersebut adalah seperti berikut: PNF €2.083 bilion, SFO €984 juta, DoJ €526 juta dan DoS €9 juta, di mana €4.50 juta dijangka digunakan bagi langkah pematuhan pemulihan yang diluluskan, katanya.

Airbus juga menerima pujian daripada pihak berkuasa tersebut kerana membuat laporan dan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang penyiasatan tersebut.

Berdasarkan dokumen undang-undang UK yang diperoleh Bernama, Airbus didakwa membuat pembayaran tidak wajar kepada pengarah dan/atau pekerja syarikat penerbangan AirAsia dan dan AirAsia X sebanyak AS$50 juta (AS$1 = RM4.09) sebagai tajaan kepada sebuah pasukan sukan.

Menurut dokumen setebal 32 muka surat itu, pasukan sukan tersebut adalah milik bersama Eksekutif AirAsia 1 dan Eksekutif AirAsia 2, namun tidak mempunyai kaitan dari segi undang-undang dengan AirAsia atau AirAsia X.

Tambahan pembayaran tidak wajar berjumlah AS$55 juta itu berjaya dihalang pada Oktober 2014 dengan pembekuan pembayaran,” katanya

Dokumen undang-undang itu mendakwa bahawa bertentangan dengan Seksyen 7, Akta Rasuah 2010, di antara 1 Julai, 2011 dan 1 Jun, 2015, Airbus gagal menghalang orang yang berkaitan dengan Airbus daripada memberi rasuah kepada orang lain berhubung pembelian pesawat AirAsia dan AirAsia X daripada Airbus, iaitu pengarah dan/atau pekerja syarikat penerbangan AirAsia di mana rasuah itu dikatakan bertujuan mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau memberi manfaat dalam menjalankan perniagaan Airbus.

AirAsia dan AirAsia X merupakan dua syarikat penerbangan utama di Asia Tenggara yang berpangkalan di Malaysia dan merupakan pelanggan utama Airbus ketika salah laku ini berlaku.

AirAsia and AirAsia X menempah 406 pesawat daripada Airbus di antara Oktober 2005 dan November 2014 termasuk 180 pesawat yang diperoleh dalam tempoh pendakwaan menerusi kaedah pembayaran tidak sepatutnya (oleh EADS France SAS dan selepas itu oleh Airbus Group SAS) dan satu lagi pembayaran tidak wajar.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia telah memulakan penyiasatan bagi dakwaan rasuah itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata: “Di bawah Akta SPRM, kami mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk menyiasat apa-apa tindakan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana warganegara atau penduduk tetap Malaysia di mana-mana tempat di luar Malaysia.

“Dalam kes Airbus-Airasia, saya dengan ini mengesahkan pihak SPRM telah menghubungi pihak berkuasa UK dan telah memulakan penyiasatan dalam perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan Airbus, dua eksekutif AirAsia