Koronavirus: Kulit buah, coli jadi topeng muka di China

Ada juga yang menggunakan kulit buah bagi melindungi diri mereka daripada wabak koronavirus.
Ada juga yang menggunakan kulit buah bagi melindungi diri mereka daripada wabak koronavirus.
A
A
A

BEIJING – Ekoran kehabisan stok topeng muka, penduduk di China kini terdesak menggunakan pelbagai barang termasuk kulit buah, sayur, botol plastik, coli dan tuala wanita sebagai alternatif untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti wabak koronavirus.

Sejak penularan wabak berkenaan, kakitangan syarikat pembekal topeng muka di China kini terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan bekalan yang ada mencukupi untuk warga tempatan.

Dalam pada itu, sebahagian mereka turut memuat naik gambar swafoto pemakaian ‘topeng muka’ itu ketika menaiki pengangkutan awam dan tempat terbuka selain pasar raya bagi meneruskan urusan harian yang kini tular di media sosial.

Turut tersebar di laman sosial adalah video individu merendam topeng muka mereka di dalam air panas sebelum menjemurnya hingga kering.

Seorang lelaki di China bertindak memakai coli gara-gara kehabisan stok topeng muka yang dijual di negara tersebut.
Seorang lelaki di China bertindak memakai coli gara-gara kehabisan stok topeng muka yang dijual di negara tersebut.

Perkongsian itu mendapat perhatian pegawai kesihatan di China yang menasihati orang awam supaya tidak menggunakan topeng muka mereka berulang kali.

Sementara itu, pakar perubatan yang juga jurucakap kesihatan wilayah Gansu berkata, topeng muka sepatutnya ditanggalkan selepas beberapa jam digunakan dan penggunaan berulang kali boleh mengurangkan keberkesanannya.

“Kita memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakai topeng muka yang sama kerana topeng terbabit harus dibuang selepas empat jam digunakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Koronavirus: Lelaki terdesak guna tuala wanita ganti topeng muka

Artikel Berkaitan:

[VIDEO] Koronavirus: Botol air jadi topeng muka di China