Pemuda UMNO desak kerajaan bawa balik 82 rakyat Malaysia di Wuhan

Pemandangan dari udara menunjukkan seluruh bandar Wuhan di wilayah Hubei, China seperti tidak berpenghuni.
Pemandangan dari udara menunjukkan seluruh bandar Wuhan di wilayah Hubei, China seperti tidak berpenghuni.
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO negeri mendesak kerajaan melalui Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan untuk membuat penerbangan misi penyelamat ke Wuhan, China bagi membawa balik 82 rakyat Malaysia yang masih berada di sana.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, kerajaan perlu membuat rundingan sebaiknya dengan China untuk tujuan tersebut.

"Mereka semua ini terdiri daripada pelajar dan pekerja profesional yang masih belum dijangkiti dengan koronavirus.

"Eloklah dibawa balik ke Malaysia dan dikuarantin di hospital pakar di sini yang tentunya lebih selesa, cukup pemakanan dan terkawal," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat juga melihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menangani isu koronavirus dengan cermat dan teratur.

"Ini terbukti apabila pada awalnya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan untuk menghalang pelancong warga China masuk ke negara ini.

"Namun setelah seminggu didesak rakyat, barulah kerajaan mengumumkan sekatan terhadap kemasukan warga China ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Pelajar terkandas di Wuhan: Bekalan makanan cukup untuk 15 hari

Artikel Berkaitan: