Pelbagai inisiatif pendidikan disediakan Kerajaan Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Temu Rapat bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Selangor menyediakan pelbagai inisiatif untuk pembangunan sektor pendidikan antaranya pembiayaan pengajian Program Peduli Siswa, Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) untuk pengajian kemahiran dan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain itu kerajaan Selangor turut menyediakan bantuan untuk peningkatan pembelajaran seperti Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor (PTRS)

"Bagi tahun 2020 program ini telah diperluaskan kepada UPSR dengan anggaran penyertaan seramai 29,831 orang pelajar.

"Inisiatif ini turut diperluaskan kepada sekolah di bawah kerajaan negeri sebanyak 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) yang mempunyai calon UPSR 2020 seramai 1,600 orang," katanya.

Guru besar dan pengetua yang hadir pada Majlis Temu Rapat Menteri Besar Selangor bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Temu Rapat Menteri Besar Selangor bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri turut menitikberatkan keselesaan dan keselamatan kemudahan pendidikan di Negeri Selangor.

"Program bantuan khas penambah baik infra sekolah turut disediakan melalui Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Persediaan ke arah melahirkan tenaga mahir di Negeri Selangor dimulakan di pelbagai peringkat pendidikan bermula dengan pendidikan awal, peringkat sekolah melalui program STEM dan peringkat pengajian tinggi...," katanya.