Sampai bila musibah arak perlu dibiarkan

No Image Caption
A
A
A

SEORANG bapa berusia 53 tahun putus di bahagian pergelangan tangan kanan apabila ditetak oleh anak lelakinya yang mabuk dalam pergaduhan di rumah mereka di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah dua hari lalu.

Pada Sabtu lalu pula, dua cedera termasuk seorang cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Ayer Itam, Georgetown, Pulau Pinang.Banyak lagi kes berkaitan alkohol hingga kehilangan nyawa kepada orang lain.

Ada yang berbogel di tempat awam kerana penangan minuman itu seperti yang berlaku di Kuala Lumpur hujung tahun lalu.

Islam sendiri begitu tegas dalam soal arak kerana dengan meminumnya manusia akan rosak akal dan hilang maruah diri. Begitu juga agama lain, semestinya sesuatu yang memudaratkan kesihatan dilarang untuk dilakukan.

Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Dr Johari Yap pernah menjelaskan hasil kajian dari Barat mengenai bahaya arak.

Katanya, dalam jurnal Lancet, tersiar artikel bertajuk No Level of Alcohol Consumption Improves Health membincangkan hasil kajian melibatkan 195 negara dari tahun 1990 sehingga 2016.Kajian yang dijalankan menunjukkan alkohol penyumbang besar kepada masalah kesihatan, tidak kira kadar pengambilannya.

Daripada 100,000 peserta kajian yang tidak mengambil alkohol, seramai 914 orang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser dan ada yang mengalami kecederaan.

Jumlah itu bertambah lima kali ganda bagi mereka yang minum satu gelas minuman beralkohol sehari.

Artikel Berkaitan:

Menurut kajian itu lagi, untuk mengurangkan risiko penyakit berkaitan alkohol seperti penyakit jantung, kencing manis dan kanser, kadar dibenarkan untuk diambil dalam masa seminggu adalah kosong gram bermakna alkohol tidak dibenarkan sama sekali!

Tetapi kenapa arak masih dibenarkan penjualannya terutama di Malaysia, sedangkan semua tahu terdapat lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikannya kepada manusia?

Berdasarkan kemudaratan ini, diharap pihak berkuasa dapat melihat isu ketagihan arak dengan lebih menyeluruh.