X

Kindly register in order to view this article
!

Kerani bank ditahan sebar berita palsu koronavirus

SKMM
A
A

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai wabak koronavirus hari ini.

SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, suspek berumur 28 tahun yang juga kerani bank itu ditahan di Kuantan, Pahang jam 4 petang bagi membantu siasatan terhadap satu muat naik di laman Facebook pada Isnin lalu.

“Kami turut merampas telefon bimbit milik suspek dan kad SIM yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan.

“Suspek itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

SKMM dan PDRM sejak Selasa lalu telah menahan seramai enam suspek yang dipercayai telah menyebarkan kandungan palsu mengenai wabak koronavirus.

Dalam kenyataan itu juga, SKMM memaklumkan tindakan tegas berterusan akan dilakukan bagi memastikan penularan berita palsu dapat dikawal dan seterusnya menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.