Menteri Kesihatan Thailand nafi PM dijangkiti koronavirus

Prayut (tengah) bercakap kepada media semasa melawat Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok semalam. - Foto Agensi
Prayut (tengah) bercakap kepada media semasa melawat Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok semalam. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Menteri Kesihatan Thailand menafikan dakwaan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mungkin dijangkiti koronavirus.

Menurut laporan Bloomberg, jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat berkata, Prayut terpaksa membatalkan beberapa program hari ini selepas berasa tidak sihat.

Bagaimanapun, beliau tetap menerima panggilan telefon dan melakukan kerja lain.

"Saya mengambil cuti sakit hari ini kerana tidak sihat seperti dinasihatkan doktor," tulis Prayut menerusi Twitter miliknya.

Sehari sebelumnya, Prayut dilihat memakai topeng muka ketika melawat Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok untuk memeriksa langkah pemantauan bagi konorovirus.

Menjelang petang, tanda pagar #PrayforPrayuth mula menjadi trending di Twitter di Thailand dengan lebih 35,000 tweet.

ARTIKEL BERKAITAN: India sahkan kes pertama koronavirus

Kebanyakan daripada tweet tersebut mendoakan beliau supaya segera sembuh.

Artikel Berkaitan:

Menjawab soalan daripada pemberita, Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul menolak dakwaan bahawa Perdana Menteri dijangkiti koronavirus.

Setakat ini, Thailand mengesahkan 14 kes dari pelancong China dan memantau 135 yang lain. - Agensi