Misehouy masih perlu buat lebih banyak kerja rumah

Misehouy
Misehouy
A
A
A

GABRIEL Misehouy muncul wira Girona apabila jaringan penampilan sulungnya bersama Blanquivermells mengikat Real Betis dalam perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Benito Villamarín.

Misehouy yang dimasukkan pada minit ke-70 berjaya menjaringkan gol penyamaan buat kelab 47 peratus saham milik City Football Group itu bagi memadamkan pendahuluan Betis yang dijelmakan Marc Bartra seawal minit keenam separuh masa pertama.

Biarpun begitu begitu pengendali Girona, Míchel berkata, masih banyak yang perlu dipelajari pemain tengah Belanda berusia 19 tahun itu.

Malah Michel yang tidak terkejut dengan persembahan pemain baharunya itu menegaskan Misehouy perlu kembali semula ke realiti sekiranya mahu mencapai potensi diri.

“Ya, Gabriel (Misehouy) pemain berbakat yang miliki naluri tajam, namun hingga hari ini dia masih kekurangan mentaliti kolektif untuk menjadi pemain hebat

“Dia masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan. Dia masih tidak bercakap bahasa Sepanyol tetapi saya harap dia mendengar saya.

“Mungkin gol itu tidak memberi apa-apa kebaikan untuknya, tetapi kami perlu fokus kepada dirinya supaya dia boleh bekerja dalam kumpulan secara kolektif," katanya.

Sebagai rekod, Girona layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas menduduki tempat ketiga musim lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!