Shafee enggan ulas isu tuntutan surat tunjuk sebab dari Kit Siang

Muhammad Shafee ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Muhammad Shafee ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas mengenai permohonan anak guamnya menuntut supaya penasihat DAP, Lim Kit Siang mengemukakan surat tunjuk sebab susulan penerbitan satu artikel berkaitan dana RM42 bilion SRC International Sdn Bhd.

Muhammad Shafee ketika ditemui media pagi tadi berkata, mereka tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali di kamarnya pagi tadi.

"Kami tidak boleh kata apa-apa. Tiada pendedahan dan kita tidak dapat beritahu anda (media) apa yang berlaku (di dalam kamar Nazlan)," kata Muhammad Shafee.

Pagi tadi, Muhammad Shafee dilihat memasuki kamar Mohd Nazlan pada jam 9.45 pagi dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Kit Siang

Tarikh pengurusan kes akan ditetapkan pada satu masa terdekat.

Pada 29 November lalu, Najib, 67, menuntut Kit Siang, portal berita Malay Mail, dan seorang pemberitanya, menunjukkan sebab mengapa mereka tidak boleh dianggap menghina mahkamah berhubung penerbitan satu artikel bertajuk "Kit Siang: High Court decision on Najib and Tanjung Piai by election outcome will indicate where Malaysia headed towards", yang dimuat naik pada 9 November.

Hakim Mohd Nazlan pada 11 November lalu mengarahkan Najib supaya membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan dalam perbicaraan SRC, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

Artikel Berkaitan:

Najib sedang berhadapan dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 bilion.