Koronavirus: Maqis pantau makanan import

Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperketatkan kawalan di semua pintu masuk utama ke negara ini menerusi agensi seliaannya, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam usaha mengekang penularan koronavirus menerusi aktiviti penyeludupan bahan makanan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini Maqis telah melakukan pemeriksaan ke atas semua produk makanan yang diimport daripada luar negara.

"Walaupun tiada fakta yang menyatakan penularan virus ini boleh berlaku melalui makanan, namun langkah waspada dan pencegahan tetap diberikan keutamaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Kemarau Tanaman Padi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Bagi Musim 2/2018 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan di sini hari ini.

Salahuddin (dua dari kiri) bersama Husam (kanan) menyampaikan bantuan bencana kemarau tanaman padi kepada petani di PPK Cherang Rotan di sini hari ini.
Salahuddin (dua dari kiri) bersama Husam (kanan) menyampaikan bantuan bencana kemarau tanaman padi kepada petani di PPK Cherang Rotan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa.

Menurutnya, bagaimanapun kementerian tidak berhasrat untuk menambah kekuatan anggota Maqis di semua pintu masuk utama ke negara ini.

"Jumlah anggota Maqis dilihat mencukupi dalam melakukan pemeriksaan di semua pintu-pintu masuk utama," katanya.

Salahuddin berkata, setakat ini tiada barangan makanan dari wilayah Wuhan, China diimport masuk ke negara ini.

Artikel Berkaitan: