Di mana Wahyu?

Wahyu (kiri) yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Kampung Assam Jawa sejak Selasa lalu.
Wahyu (kiri) yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Kampung Assam Jawa sejak Selasa lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang mekanik yang dipercayai mengalami masalah kemurungan menghilangkan diri selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Assam Jawa sejak kelmarin.

Surti Mortono, 65, berkata, anaknya, Wahyu Mardiono, 24, dilihat kali terakhir memandu sebuah kereta Perodua Kancil berwarna biru dengan nombor pendaftaran WHX 4857 kira-kira jam 7.30 malam.

"Saya difahamkan Wahyu memandu kereta menuju ke arah Klang, namun dokumen peribadi dan telefon bimbit ditinggalkan di rumah," katanya.

Menurutnya, ahli keluarga bimbang keselamatan Wahyu yang keluar bersendirian selepas tidak pulang ke rumah selama dua hari.

"Dia (Wahyu) tidak pernah keluar rumah terlalu lama. Saya risau dengan keadaannya ketika ini," katanya.

Surti berkata, usaha mencari dan mengesan anaknya telah dibuat, namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Malah, katanya, usaha pencarian turut dilakukan menerusi laman sosial Facebook selain membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor semalam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Wahyu diminta menghubungi Surti di talian 012-6221385 atau 010-3223101.

Artikel Berkaitan: