X

Kindly register in order to view this article
!

Baru mendarat dah kena tangkap

Anggota polis ketika memeriksa lima PATI warga Indonesia yang ditahan dalam operasi semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2) menahan dua lelaki dan tiga wanita warga Indonesia berusia 22 hingga 44 tahun yang dipercayai baharu tiba melalui lorong tikus di Pantai Kuari Teluk Ramunia, Kota Tinggi malam tadi.

Komander PPMW2, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, hasil maklumat risikan dan aduan awam, kita menggempur satu kawasan yang dipercayai dijadikan lokasi persinggahan warga asing sebaik memasuki negara.

“Siasatan awal dijalankan mendapati warga asing ini dipercayai menyusup masuk dari negara jiran melalui laluan laut yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, kesemua tangkapan turut didapati tidak memiliki sebarang permit dan dokumen pengenalan sah yang mana boleh disabitkan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

“Kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.

“PPMW2 juga akan meneruskan usaha membanteras sindiket penyeludupan migran tanpa kompromi terutama pada Hari Raya Aidilfitri akan datang,” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan berterusan juga bagi memastikan perairan negara sentiasa dipantau serta dijaga dari sebarang elemen yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!