Anggota polis maut dalam kereta

 Elias Arshad
Elias Arshad
A
A
A

IPOH - Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia akibat serangan jantung dalam sebuah kereta di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Kampung Tawas di sini hari ini.

Lans Koperal Elias Arshad, 57, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar ditemui orang awam pada jam 7.45 pagi.

Polis menerima maklumat terdapat sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan dalam tempoh agak lama.

Anggota ronda yang bergegas ke lokasi kejadian menemui mangsa tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Proton Wira dan khidmat bomba dipanggil untuk membuka pintu kenderaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nordin Abdullah berkata, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

“Jenazah dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Biong, Biong, Sauk, Kuala Kangsar selepas solat Zohor,” katanya.

Artikel Berkaitan: