Koronavirus: Saintis Australia berjaya tiru koronavirus

Penumpang memakai topeng muka sebagai langkah perlindungan terhadap penularan koronavirus ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, California. - Foto: AFP
Penumpang memakai topeng muka sebagai langkah perlindungan terhadap penularan koronavirus ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, California. - Foto: AFP
A
A
A

SYDNEY - Saintis di Australia dilaporkan berjaya meniru koronavirus dan menganggap ia sebagai pengubah permainan (game changer) bagi menentang wabak tersebut.

Institut Doherty di Melbourne hari ini mengumumkan pihaknya telah membangunkan novel koronavirus dalam kultur sel daripada sampel pesakit.

Kemajuan itu juga merupakan kali pertama wabak tersebut ditiru di luar China.

"Memiliki virus sebenar bermakna kita kini mempunyai keupayaan untuk benar-benar mengesahkan semua kaedah ujian dan membandingkan sensitiviti serta spesifikasinya.

"Ia akan menjadi pengubah permainan untuk diagnosis," kata ketua makmal pengenalan virus, Julian Druce.

Tindakan pantas China menyusun genom koronavirus dan menjadikannya umum membolehkan saintis di seluruh dunia untuk membangunkan alat diagnostik.

Timbalan Pengarah Institut Doherty, Mike Catton berkata, penemuan baharu itu bermakna saintis kini boleh membuat ujian antibodi yang akan membolehkan koronavirus dikesan pada pesakit yang tidak menunjukkan gejala.

"Ujian antibodi akan membolehkan kita menguji semula pesakit yang disyaki secara retrospektif supaya kita dapat mengumpul gambaran lebih tepat tentang bagaimana virus itu tersebar dan akibatnya. Antara lain termasuk kadar kematian sebenar.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga akan membantu menilai keberkesanan vaksin percubaan," katanya.

Kerajaan, universiti dan syarikat perubatan di seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk membangunkan vaksin terhadap koronavirus, proses yang boleh mengambil masa selama beberapa bulan. - AFP