Koronavirus: Tiga lagi warga China disahkan positif

Koronavirus
Koronavirus
A
A
A

PUTRAJAYA- Tiga warga China yang disyaki sebelum ini disahkan positif koronavirus.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya awal pagi ini mengesahkan perkara tersebut sekaligus menjadikan jumlah kes seramai tujuh individu positif wabak itu.

"Kes terbaharu itu melibatkan seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan lelaki berusia 52 tahun yang diisolasi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru," katanya.

Menurutnya, menantu kepada pesakit koronavirus pertama di Singapura turut disahkan positif selepas menjaga anaknya yang dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

"Dia yang terdahulunya berstatus negatif telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya positif koronavirus yang sedang menerima rawatan di wad isolasi hospital berkenaan," katanya.

Beliau berkata, sejak 10 sehingga 28 Januari, jumlah kumulatif kes people under invetsigation (PUI) bagi jangkitan koronavirus adalah 78 orang, di mana 39 daripadanya adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

"Satu kes masih menunggu laporan keputusan makmal," katanya.

Artikel Berkaitan: