Ops Club Rats gempur pusat hiburan

Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor menerusi Ops Club Rats semalam.
Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor menerusi Ops Club Rats semalam.
A
A
A

PUCHONG - Polis menahan lapan pekerja pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, di sini, menerusi Ops Club Rats kira-kira jam 1.50 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, siasatan mendapati dua daripadanya dikesan positif dadah jenis syabu.

"Selain itu, enam lagi yang ditahan dikesan melakukan kesalahan imigresen iaitu tidak memiliki permit kerja selain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua yang ditahan membabitkan warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30-an," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor menerusi Ops Club Rats semalam.
Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor menerusi Ops Club Rats semalam.

Beliau berkata, selain itu, operasi dengan kekuatan empat pegawai dan 30 anggota itu turut menahan penjaga pusat hiburan terbabit kerana tidak mempunyai lesen hiburan, menjalankan perniagaan lebih masa dan menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

"Ops Club Rats akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada aktiviti penyalahgunaan dadah di premis hiburan khasnya di Selangor selain mengesan premis yang beroperasi tanpa lesen," katanya.

Artikel Berkaitan: