Dua lelaki maut bergaduh

Lokasi kejadian pergaduhan di Batu 31 di daerah ini.
Lokasi kejadian pergaduhan di Batu 31 di daerah ini.
A
A
A

MACHANG - Dua lelaki maut dalam pergaduhan di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang depan sebuah stesen minyak di sini dalam kejadian pada 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Wan Khairuddin Wan Idris memaklumkan, dua lelaki tersebut berusia antara 39 dan 40 tahun.

"Siasatan awal mendapati punca pergaduhan tersebut melibatkan perselisihan faham antara dua kumpulan.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini sekali gus mengesan semua yang terlibat dalam pergaduhan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, salah seorang penduduk kampung yang enggan ditemui di lokasi kejadian memberitahu, orang kampung mula mengetahui mengenai kejadian tersebut pada jam 2.30 pagi tadi selepas tersebar menerusi 'WhatsApps Group' milik penduduk kawasan itu.

"Saya dapat tahu mengenai perkara tersebut pada jam 2.30 pagi bila tengok WhatsApps yang dikongsi penduduk-penduduk di kawasan ini. Pagi ini baru tahu rupa- rupanya ada kematian dalam kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan: