[DIKEMASKINI] KKM sahkan satu suspek terbaharu koronavirus

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada seding media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA2 hari ini. - Foto Asril Aswandi Shukor
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada seding media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA2 hari ini. - Foto Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SEPANG - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan menerima laporan berhubung seorang warga China yang bekerja di Bintulu, Sarawak mempunyai simptom koronavirus.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, wanita tersebut sedang dikuarantin di Hospital Bintulu.

"Setakat ini kita masih menunggu keputusan ujian makmal," katanya.

Menurutnya, dengan laporan itu, jumlah terkini suspek koronavirus yang dirawat di hospital adalah lima orang.

"Dua kanak-kanak dirawat di Hospital Langkawi dan dua lagi di Hospital Kuala Lumpur," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA2 hari ini.

Terdahulu terdapat satu laporan polis berhubung individu yang mengalami simptom koronavirus di Bintulu itu menjadi tular di media sosial.

Laporan itu antaranya menyebut wanita berusia 25 tahun berkenaan ke Wuhan atas urusan kerja pada 11 Januari lalu sebelum tiba dan transit di Kota Kinabalu, Sabah lima hari kemudian.

Dia terus bekerja di pejabat seperti biasa dan pada 26 Januari wanita itu pergi ke Hospital Columbia Asia untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami demam.

Artikel Berkaitan: