X

Kindly register in order to view this article
!

1,209 pelancong China masuk Pulau Pinang negatif koronavirus

Seramai 1,209 pelancong dari China yang tiba ke Pulau Pinang diperiksa pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang mengesahkan kesemua 1,209 pelancong dari China yang masuk ke negeri ini melalui Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Swettenham tidak dijangkiti koronavirus.

Pengarahnya, Muhamad Husni Mahmud berkata, mereka mendarat di negeri ini dengan kapal persiaran, MV Quantum Of The Seas pada jam 6.15 pagi tadi.

Menurutnya, pelancong terbabit hanya transit di negeri ini sebelum belayar menggunakan kapal sama ke Phuket, Thailand pada jam 5 petang tadi.

"Ketika mereka tiba di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Swettenham pagi tadi, beberapa pegawai dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah membuat pemeriksaan tahap kesihatan terhadap kesemua penumpang dan kru kapal.

"Mereka juga menjalani ujian saringan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sebelum pemeriksaan Imigresen. Daripada laporan kesihatan mereka didapati tiada seorang daripada semua pelancong China tersebut dikesan dijangkiti atau pembawa virus tersebut," katanya ketika dihubungi tadi.

Kapal MV Quantum Of The Seas memulakan perjalanannya dari Singapura ke Port Klang dan seterusnya ke Pulau Pinang sebelum ke Phuket, Thailand.

Kesemua pelancong dari China yang tiba ke Pulau Pinang masuk ke negeri ini menaiki kapal persiaran, MV Quantum Of The Seas pada jam 6.15 pagi tadi dikesan tidak dijangkiti coronavirus.
Kesemua pelancong dari China yang tiba ke Pulau Pinang masuk ke negeri ini menaiki kapal persiaran, MV Quantum Of The Seas pada jam 6.15 pagi tadi dikesan tidak dijangkiti coronavirus.

Muhamad Husni berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa portal di media sosial yang memaparkan kehadiran ribuan warga China di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Swettenham di sini pagi tadi.

Laporan berkenaan dikongsi oleh warganet yang mencetuskan kegusaran dalam kalangan penduduk negeri ini susulan penularan virus yang bermula di Wuhan, China itu.

Sementara itu, kerajaan Pulau Pinang menasihatkan semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga susulan penularan virus tersebut.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sedia maklum terhadap keadaan Pulau Pinang yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutama sempena tahun melawat Malaysia tahun ini.

"Saya mohon rakyat Pulau Pinang mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut panduan serta arahan yang disediakan pihak berkuasa. Kita sedia maklum bahawa Pulau Pinang sering menjadi tumpuan pelancong namun kita hanya mengikut arahan kerajaan Pusat.

“Apa pun, jangan panik dan jangan sebarkan perkara yang tidak sahih. Kita doakan semuanya kembali terkawal,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Pejabat Ketua Menteri di Pusat Konvesyen SPICE di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan melaporkan empat pelancong warga China didapati positif koronavirus dan kini dikuarantin di Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!