Koronavirus: Wuhan kini jadi bandar ‘hantu’

Wuhan kini berubah menjadi bandar mati susulan arahan kuarantin yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung wabak koronavirus. - Foto: Newsflare

A
A
A

WUHAN - Wilayah Wuhan kini berubah menjadi bandar mati susulan arahan kuarantin yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung wabak koronavirus.

Berdasarkan sumber melalui laporan Daily Star, seorang pelancong Amerika yang berada di bandar itu sempat merakamkan beberapa keping foto yang jelas memaparkan situasi lengang di sepanjang jalan.

Gambar lain turut memaparkan suasana sekolah sunyi sepi, di samping pusat membeli-belah juga kosong tanpa kehadiran pengunjung.

Pejabat pos pula dilihat memaparkan tanda mengatakan ia ditutup sehingga bulan hadapan dan hanya kelihatan sebuah kedai runcit sahaja masih dibuka.

Wuhan kini berubah menjadi bandar mati susulan arahan kuarantin yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung wabak koronavirus. - Foto: Newsflare
Wuhan kini berubah menjadi bandar mati susulan arahan kuarantin yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung wabak koronavirus. - Foto: Newsflare

Terdahulu, China memutuskan melarang perjalanan 56 juta penduduknya demi menghentikan penyebaran wabak berbahaya itu termasuk menutup jaringan pengangkutan awam dan akses ke jalan raya di 18 bandar.

China juga mengambil langkah mengenal pasti mangsa dan bertindak segera kuarantin penumpang kereta, bas dan juga pesawat yang mempunyai simptom dijangkiti wabak berkenaan.

Wabak koronavirus dikesan berpunca daripada binatang eksotik yang dijual di pasar di bandar Wuhan yang mempunyai hampir 11 juta penduduk di wilayah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 41 orang di China, manakala lebih daripada 1,300 telah dijangkiti di seluruh dunia.