Biar pihak berkuasa jalankan tugas - Pas Pusat

Awang Solahuddin (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang bagi memberi sokongan moral kepada Sanusi berhubung pendakwaan Menteri Besar Kedah itu pada Selasa.
Awang Solahuddin (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang bagi memberi sokongan moral kepada Sanusi berhubung pendakwaan Menteri Besar Kedah itu pada Selasa.
A
A
A

SELAYANG - Pas Pusat menyerahkan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada undang-undang negara untuk menentukannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Awang Solahuddin Hashim berkata, semua ahli Pas diminta menghormati segala proses perundangan dijalankan.

"Pas meminta semua pihak terutama ahli untuk bertenang dan pendekatan dilakukan adalah menghormati proses perundangan negara dilaksanakan.

"Biarlah semua yang terlibat termasuk pihak berkuasa menjalankan tugas masing-masing dan proses perundangan berlaku dengan adil.

"Selain itu, saya berharap pihak media tidak membuat sebarang soalan provokasi berhubung isu ini," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa bagi memberi sokongan kepada Sanusi.

Hadir sama memberi sokongan adalah Ahli Parlimen Jerlun, Abdul Ghani Ahmad.

Mengulas berhubung pendakwaan Sanusi, Awang Solahuddin mendakwa, perkara itu sudah seakan menjadi tradisi kepada kerajaan sedia ada.

Menurutnya, seumpama sebuah reformasi tindakan yang luar tradisi daripada kebiasaan sebelum ini, ia telah diubah secara perlahan-lahan.

"Jika mereka sebelum ini mengatakan kerajaan dahulu zalim, kini ia telah dilakukan.

"Rakyat boleh bandingkan pengurusan yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang tata kelola.

"Namun kita (Pas) menyerahkan semuanya kepada pengamal undang-undang untuk menentukannya," ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau, Pas tidak mahu terperangkap dengan permainan politik yang dilakukan oleh pihak lawan.

Dakwanya, semua yang berlaku pada hari ini adalah bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Jika tidak ada PRN, perkara atau isu ini tidak akan dibangkitkan.

"Namun perkara ini boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak dan bukannya kepada Sanusi sahaja," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah