KPJ Seremban nafi ada pesakit dijangkiti koronavirus

KPJ Seremban
KPJ Seremban
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] KPJ Seremban hari ini menegaskan bahawa laporan ujian makmal seperti yang tular di media sosial, bukanlah 2019 novel koronavirus.

Perkara itu disahkan Pengarah Perubatan KPJ Seremban Prof Dr Wan Hazmy Che Hon.

"Merujuk kepada berita disebarkan melalui laman sosial mengenai koronavirus yang melibatkan KPJ Seremban baru-baru ini, pihak pengurusan kami ingin menegaskan bahawa ujian makmal tersebut bukan 2019 novel koronavirus yang berasal dari Wuhan, China," katanya dalam kenyataan media di laman Facebook rasmi KPJ Seremban di sini, hari ini.

Hari ini, tular di media sosial laporan makmal dari KPJ Seremban, yang memaparkan laporan kesihatan seorang pesakit yang menerima rawatan di KPJ Seremban, bahawa kononnya pesakit itu didapati positif koronavirus.

Pakar pediatrik hospital berkenaan dalam Facebooknya hari ini menjelaskan, bahawa pesakitnya itu bukan dijangkiti koronavirus. - Bernama

Artikel Berkaitan: