Koronavirus: Hospital Sungai Buloh pakar penyakit berjangkit

Hospital Sungai Buloh
Hospital Sungai Buloh
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketiga-tiga warga China yang didapati positif koronavirus ditempatkan ke Hospital Sungai Buloh walaupun mereka memasuki negara ini melalui Johor Bharu.

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, penempatan pesakit di hospital berkenaan dilakukan berikutan Hospital Sungai Buloh ialah Pusat Rujukan Penyakit Berjangkit Kebangsaan yang merupakan hospital pakar kepada penyakit berjangkit.

Beliau berkata, Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh diketuai Dr Suresh Kumar dan pasukannya.

"Kesemua mangsa yang terlibat akan dipantau secara teliti oleh Dr Suresh," katanya pada sidang media khas berkenaan wabak koronavirus di National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau mengesahkan tiga warga China berasal dari Wuhan yang memasuki negara ini melalui Johor Bahru, kelmarin disahkan positif wabak koronavirus.

Ketiga-tiga mereka merupakan isteri dan cucu kepada lelaki berusia 66 tahun yang disahkan positif wabak berkenaan di Singapura sebelum ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang merupakan wanita berusia 66 tahun serta dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 2 dan 11 tahun kini dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas hasil ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mendapati mereka positif wabak berkenaan.

MKAK Sungai Buloh merupakan sebuah organisasi di bawah Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia yang dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan sokongan kepada penyiasatan wabak dan aktiviti survelan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga warga China dirawat di Sungai-Buloh positif koronavirus