X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya faham perasaan diberi surat tunjuk sebab'

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
A
A

BATU CAVES - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari memahami perasaan sesiapapun pimpinan dalam parti yang menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin parti.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ini kerana beliau pernah menerima nasib sama dan menasihatkan mereka terlibat mengikut proses ditetapkan.

"Saya tahu perasaan terima surat itu. Saya awal dulu dah dapat surat itu, saya jawab.. Alhamdulillah jawapan saya diterima dan selesai.

"Cuma ikut proses, Insha ALLAH tak ada masalah. Tapi yang penting muafakat," katanya pada sidang media di Pejabat Penghulu Mukim Batu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa pimpinan parti termasuk Penasihat Timbalan Presiden PKR, Khalid Jaafar dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti.

Amirudin berkata, isu dalaman parti menunjukkan perkembangan positif selepas Kongres Nasional PKR berakhir bulan lepas.

"Ada signal yang baik selepas kongres apabila ada yang datang mesyuarat, ada pertemuan. Kita tak mahu benda seperti itu dikembangkan dan berpanjangan, " katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!