Budaya makan malam bina pertalian lebih erat: Wan Azizah

Wan Azizah
Wan Azizah
A
A
A
PUTRAJAYA - Budaya makan malam bersama keluarga pada ambang perayaan dapat membantu membina pertalian yang lebih erat di antara ahli keluarga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, budaya itu juga sebagai penghormatan kepada golongan yang lebih tua.

"Kita mesti sentiasa menghargai dan menjaga ibu bapa bukan sahaja pada musim perayaan kerana pengorbanan mereka tidak ternilai," katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.

Dalam bergembira meraikan sambutan perayaan itu, beliau mengajak masyarakat agar tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik.

"Bukanlah sukar untuk membawa senyuman dan meringankan beban golongan yang memerlukan," katanya.
Artikel Berkaitan:


Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati di jalan raya.

"Bergembiralah bersama keluarga dan kawan-kawan, jagalah kesihatan dan jangan lupa untuk melakukan kebaikan di mana sahaja kita berada," katanya.