Zakat ASB wajib bayar jika cukup nisab

Zakat ASB wajib bayar jika cukup nisab
Zakat ASB wajib bayar jika cukup nisab
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebanyakan mereka yang membuat pelaburan di Amanah Saham Berhad (ASB) mengambil pandangan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang memutuskan hukum pelaburan itu adalah harus.

Justeru, kita boleh membuat pelaburan ASB itu secara langsung (modal sendiri) atau menerusi pembiayaan namun perlulah menunaikan zakatnya jika telah melepasi nisab dan haul ditetapkan.

Pada tahun ini, PPZ-MAIWP menetapkan nisab tahunan sebanyak RM15,762 yang mana merupakan satu kadar menentukan sesuatu harta itu dikenakan zakat atau tidak.

Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman berkata, kiraan zakat bagi ASB menggunakan modal sendiri dan ASB berdasarkan pembiayaan adalah berbeza.

"Bagi akaun pelaburan yang menggunakan modal sendiri, zakat dikira melalui pelaburan pokok ditambah dividen. Manakala bagi akaun pembiayaan pula zakat hanya dikenakan sekiranya jumlah dividen diperolehi melebihi nisab.

Orang ramai boleh merujuk pegawai zakat di kaunter PPZ-MAIWP mengenai kaedah kiraan zakat ASB.
Orang ramai boleh merujuk pegawai zakat di kaunter PPZ-MAIWP mengenai kaedah kiraan zakat ASB.

"Mereka yang membuat pembiayaan ASB kemudian menutup akaun juga perlu menjelaskan zakat jika kadar serahan awal telah melebihi nisab," katanya.

Jelasnya, kewajipan mengeluarkan zakat simpanan dan zakat pelaburan ASB tidak terkecuali terhadap kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

"Kanak-kanak atau orang kurang upaya tetap dikenakan zakat,” katanya.

Tegasnya, tugas menguruskan zakat golongan itu terletak di bawah tanggungjawab penjaga mereka.

Katanya, mereka yang masih keliru atau inginkan penjelasan mengenai kaedah kiraan zakat ASB boleh merujuk pegawai zakat di kaunter PPZ-MAIWP.

PPZ-MAIWP juga menyediakan pelbagai kemudahan antaranya kaunter PPZ-MAIWP, skim potongan zakat bulanan, portal zakat www.zakat.com.my, kaunter zakat bergerak, pejabat Pos, perbankan internet dan ejen kutipan zakat berdaftar.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian zakat 1-300-88-5757.