Maqis rampas ikan hiasan bernilai RM51,400

Sebanyak 59 ekor ikan kelisa dan tujuh ikan koi yang dibungkus dalam plastik lut sinar dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam Isnin lalu.
Sebanyak 59 ekor ikan kelisa dan tujuh ikan koi yang dibungkus dalam plastik lut sinar dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam Isnin lalu.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Cubaan seorang lelaki membawa keluar ikan hiasan bernilai RM51,400 ke Thailand terbantut apabila dikesan anggota penguat kuasa di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Lily Rosalind berkata, 66 ekor ikan hiasan itu dikesan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam pemeriksaan yang dilakukan di laluan kereta ICQS sekitar jam 1.30 tengah hari, Isnin lalu.

"Ketika pemeriksaan kami menjumpai 59 ekor kelisa dan tujuh ekor ikan koi di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki.

“Kesemua ikan hiasan tersebut ditahan kerana tidak mempunyai permit eksport yang dikeluarkan Maqis,” katanya.

Bungkusan ikan hiasan yang ditemui di bahagian belakang Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki di ICQS Bukit Kayu Hitam Isnin lalu.
Bungkusan ikan hiasan yang ditemui di bahagian belakang Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki di ICQS Bukit Kayu Hitam Isnin lalu.

Menurutnya, perbuatan mengeksport ikan tanpa permit dikeluarkan Jabatan Maqis adalah menjadi suatu kesalahan bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus dipergiatkan di semua pintu masuk negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan,” katanya.

Artikel Berkaitan: