RM100,000 naik taraf surau Pantai Batu Buruk

Ahmad Amzad (tengah) bersama Muhtar meninjau lokasi naik taraf surau di Pantai Batu Buruk.
Ahmad Amzad (tengah) bersama Muhtar meninjau lokasi naik taraf surau di Pantai Batu Buruk.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Masalah kemudahan tempat beribadat bagi pengunjung yang beriadah di kawasan rekreasi Pantai Batu Buruk di sini akan selesai selepas terbinanya surau baharu yang dijangka beroperasi hujung Julai depan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Hashim berkata, surau berusia 20 tahun itu akan dinaik taraf oleh anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

Menurutnya, pembinaan surau termasuk tandas di kawasan itu telah bermula sejak akhir Mei lalu dan akan disiapkan dalam tempoh dua bulan.

"Kita menerima banyak aduan dan rungutan berkenaan masalah fasiliti surau yang kurang memuaskan terutama daripada pengunjung yang berkunjung ke sini.

"Sebelum ini masalah tekanan air rendah serta fasiliti kurang memuaskan sehingga menyukarkan urusan orang ramai untuk menjalankan urusan ibadah dalam keadaan baik dan lancar.

"Selepas berbincang bersama bersama Ahli Lembaga Pengarah EPIC, kita bersetuju untuk menaik taraf surau ini untuk kemudahan orang ramai," katanya ketika ditemui di tapak pembinaan surau tersebut, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan EPIC, Muhtar Suhaili.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Amzad (kiri) bersama Muhtar meninjau proses menaik taraf surau awam di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.
Ahmad Amzad (kiri) bersama Muhtar meninjau proses menaik taraf surau awam di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Sementara itu, mengulas mengenai penyelenggaraan surau berkenaan, Ahmad Amzad berkata, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut.

"Pihak EPIC akan bertanggungjawab menguruskan utiliti surau ini dan akan memastikan ia terjaga, indah dan bersih.

"Kita juga mahu tempat ini dimanfaatkan sepenuhnya serta tidak menjadi tempat golongan gelandangan tidur dan sebagainya, " ujar beliau.

Surau yang mampu memuatkan seramai 50 jemaah dalam satu-satu masa itu terletak di lokasi strategik berdekatan taman permainan dan kawasan premis jualan makanan.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Amzad yang juga Pengarah EPIC Berhad berkata, syarikat berkenaan telah membelanjakan sebanyak RM2.3 juta setakat tahun ini bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Antara CSR yang telah kita laksanakan ialah di Padang Astaka di Jerteh, Besut; Sekolah Ittifaqiyah dan Sekolah Seri Budiman.

"Terdapat juga beberapa sekolah pondok yang kita bantu bagi menyokong keperluan yang diperlukan mereka," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!