Beriadah di Pantai Batu Buruk

No Image Caption
A
A
A
Pengunjung beriadah di persisir pantai sempena cuti persekolahan semasa tinjauan di Pantai Batu Buruk.

Grafik kawah laut yang tular di media sosial susulan kes lemas di Pantai Batu Buruk, baru-baru ini adalah tidak tepat dan berbeza daripada situasi sebenar.

Pensyarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Effi Helmy Ariffin berkata apa yang berlaku di pantai berkenaan sebaliknya ialah wujudnya beberapa bahagian dasar laut yang dalam dipengaruhi oleh faktor ombak, arus dan fenomena pasang surut.

Keadaan itu berbeza dengan kawah laut atau 'Seabed Crater' yang terhasil disebabkan oleh pelbagai proses termasuk impak dari angkasa, aktiviti gunung berapi, runtuhan dan aliran lumpur dasar laut.

Dasar laut dalam boleh terjadi di mana-mana kawasan apabila wujudnya beting pasir iaitu pasir atau sedimen yang terbenam atau separa terdedah dibentuk oleh ombak serta arus berhampiran pantai.
Artikel Berkaitan:


Formasi beting pasir juga berbeza daripada segi saiz iaitu hanya beberapa sentimeter hingga struktur setinggi enam meter dan ia banyak terbentuk ketika hakisan pantai serta membawa pasir ke dalam laut sehingga terjadinya beting pasir ribut.