Caj RM3 menginap di Perak mulai tahun depan

SANDREA
SANDREA
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan mengenakan bayaran tambahan RM3 untuk Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) bagi pengunjung yang menginap di negeri ini mulai 1 Januari 2025.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, caj baharu tersebut dikenakan bagi setiap bilik penginapan berbayar untuk setiap malam.

Menurutnya, bayaran tersebut diperkenalkan di bawah Enakmen Hotel 2023 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tahun lalu.

"Bagaimanapun caj seumpama ini telah dilaksanakan di beberapa negeri lain dengan pelbagai nama dan tafsiran berlainan.

"Tarikh kuat kuasa pelaksanaan bayaran ini ditangguhkan ke 1 Januari 2025 bagi menghargai kedatangan pengunjung yang memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024 sehingga hujung tahun ini," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Hadir sama pada sidang media itu, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Halizah Sipun; Bendahari Negeri, Megat Amirul Zaini Jamalullail Megat Jamaluddin; Timbalan Pengarah Kanan (Kerajaan Tempatan), Mufidah Mahfodz serta Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak.

Sandrea berkata, bayaran yang dikenakan ke atas pengunjung itu merupakan inisiatif tambahan yang diharap membantu kerajaan negeri memperbaiki mutu perkhidmatan tempatan di tempat-tempat pelancongan di negeri ini.

Sandrea (tiga dari kiri) bersama Sze Yee (tengah) dan pegawai berkaitan yang hadir sempena sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis
Sandrea (tiga dari kiri) bersama Sze Yee (tengah) dan pegawai berkaitan yang hadir sempena sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelaksanaan penyeragaman Lesen Hotel di bawah Enakmen Hotel 2023 ditetapkan bermula 1 Julai depan.

Sehubungan itu katanya, semua pengendali hotel, rumah tumpangan termasuk pengusaha rumah rehat, tapak-tapak perkhemahan, chalet, rumah bot, inap desa dan lain-lain tempat bermalam atau penginapan yang mengenakan caj kepada pengunjung perlu mendapatkan lesen berkenaan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Bagi memberikan tempoh yang mencukupi untuk sesi libat urus dan pendidikan kepada kumpulan sasar, kerajaan bersetuju untuk memberikan tempoh pemutihan selama setahun sehingga 30 Jun 2025.

"Dalam tempoh ini kita hanya berikan nasihat kepada mereka dan tiada tindakan kompaun dikenakan ke atas pengusaha yang belum mendaftar dan memohon," katanya.

Sandrea turut menggesa semua pengusaha premis penginapan untuk segera mengemukakan permohonan dan lesen daripada PBT di kawasan masing-masing.

Meskipun penguatkuasaan lesen tersebut ditangguh, peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam enakmen berkenaan tetap perlu dipatuhi.

Jelasnya lagi kadar bayaran lesen yang dikenakan mengikut kategori ditetapkan itu juga tidak membebankan pengusaha.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Caj RM3 menginap di Perak mulai tahun depan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #Perak #Penginapan #Caj #Bayaran

Relax - Hotel Lobby Jazz

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!