Malaysia tegas guna rundingan selesaikan perbezaan - PM

Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus meneruskan rundingan dua hala dan mulitlateral dalam menangani sebarang isu yang dihadapi negara jiran ASEAN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam temu bual dengan media China Guancha, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pendirian Malaysia adalah jelas dan ia tidak akan membenarkan campur tangan daripada mana-mana kuasa luar.

ASEAN secara keseluruhannya lebih suka mengambil kedudukan sedemikian daripada membiarkan kuasa luar mengenakan apa-apa syarat, katanya.

"Dasar kita jelas. Tiada ketegangan yang mendasari. Memang ada beberapa cadangan kontroversi dan kita katakan, okay, mari kita bincangkannya secara dua hala atau pelbagai hala dalam ASEAN.

"Pendirian kami ialah anda perlu berunding dalam kalangan rakan-rakan dan tidak ada sebab untuk pasukan luar campur tangan," katanya.

Sebagai contoh, Anwar berkata, jika Malaysia menghadapi masalah dengan Singapura, Thailand atau Brunei, beliau tidak mahu pihak ketiga campur tangan tetapi sebaliknya, adalah penting bagi pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya secara baik.

"Ini adalah pendirian yang jelas. Saya tidak akan sesekali mengeluh di mana-mana, menyukarkan keadaan atau mewujudkan suasana tidak percaya, yang mula muncul di beberapa negara ASEAN.

"Malah mengenai isu Myanmar, kami berkata perlu ada konsensus untuk kerjasama dan jiran boleh berunding secara senyap-senyap," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam temu bual itu, Anwar juga bercakap mengenai konflik Israel-Palestin, menekankan bahawa konflik yang sedang berlaku adalah mengenai persoalan keadilan, penjajahan dan apartheid.

"Orang terus bercakap tentang 7 Oktober, yang mengganggu saya. Adakah anda ingin memadamkan sejarah selama 70 tahun dengan mengulang-ulang pada satu peristiwa?

"Inilah naratif Barat. Anda lihat, ini adalah masalah dengan Barat. Mereka mahu mengawal wacana, tetapi kita tidak boleh lagi menerimanya kerana mereka bukan lagi kuasa penjajah dan negara merdeka harus bebas bersuara," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!