Itali menang sebagai satu unit

Barella antara penjaring gol buat Itali ketika menang ke atas Albania. Foto Agensi
Barella antara penjaring gol buat Itali ketika menang ke atas Albania. Foto Agensi
A
A
A

CARA Itali bangkit memenangi perlawanan pembukaan Kumpulan B Euro 2024 menentang Albania di Signal Iduna Park seharusnya meningkatkan kepercayaan baharu kepada penyokong Gli Azzurri yang kecewa berikutan kegagalan untuk layak ke dua Piala Dunia sebelum ini.

Walaupun mereka tampil ke Jerman dengan reputasi penyandang juara, keyakinan itu dibarakan hasil kerja pengendali Luciano Spalletti yang diterjemahkan pemain Itali dalam bentuk tiga mata.

Albania mencipta permulaan impian apabila Nedim Bajrami menjaringkan gol terpantas pernah dijaringkan di Euro, apabila lontaran lemah Federico Dimarco dipintas pemain tengah Sassuolo itu, untuk membuka jaringan selepas 23 saat – rekod baharu sepanjang zaman dalam Euro - mencetuskan semangat penyokong Kuqezinjte berpakaian merah untuk menggegarkan stadium di Dortmund.

Bagaimanapun, Itali tidak terpengaruh sebaliknya tenang seolah-olah bermain perlawanan latihan, bangkit untuk menang dengan cara dominan serta memainkan gaya bola sepak berbeza yang dijelmakan Alessandro Bastoni (m-11) diikuti Nicolo Barella (m-16).

Itali bermain menentang anak buah Sylvinho berteraskan gaya bola sepak Luciano kawalan penguasaan bola serta kawasan kecil padang dengan tekanan kuat untuk membolehkan memberi servis kepada penyerang.

Spalletti seorang tokoh polarisasi yang mencapai kegemilangan bersama kelab Serie A, Napoli kini mula langkah kanan dengan kemenangan penting menjelang perlawanan menentang Sepanyol dan Croatia.

“Kami melihat banyak perkara yang baik dalam perlawanan ini, tetapi mereka (Albania) perlu membawa kami ke arah itu sebaliknya yang berlaku..

“Ya, terdapat kemungkinan untuk mencederakan mereka beberapa kali sebaliknya kami tidak melakukannya malah menyediakan pendekatan baik sempurna.

Artikel Berkaitan:

“Sejujurnya Gli Azzurri perlu bermain sebagai satu unit tanpa sesiapa, kerana terdapat 26 pemain berwibawa dalam skuad ini.

Saya tidak suka idea bahawa pasukan bergantung kepada individu,” ujar Spalletti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!