Belgium tetap tagih kudrat Meunier di Euro 2024

Tedesco (kiri) masih letak sandaran kepada pengalaman Meunier. Foto Agensi
Tedesco (kiri) masih letak sandaran kepada pengalaman Meunier. Foto Agensi
A
A
A

BELGIUM tetap mengunakan khidmat pemain pertahanan, Thomas Meunier yang dalam proses pemulihan bagi mengharungi kempen Euro Jerman 2024 kali ini.

Malah pengendali The Red Devils, Domenico Tedesco, percaya tonggak yang bermain di posisi bek kanan untuk kelab Liga Super Turkiye, Trabzonspor mampu menyumbang sesuatu di Jerman.

"Bek kanan Thomas Meunier tinggal 10 hari lagi untuk pulih sepenuhnya akan menyertai skuad Euro Belgium.

"Dia akan dapat menyertai pasukan dalam masa seminggu setengah. Itu antara sebab saya tidak bermain-main dengan skuad kali ini.

"Saya tidak mahu menurunkan Meunier kerana dia menunjukkan dirinya begitu bermotivasi (untuk pulih). Saya gembira kecederaan itu tidak terlalu teruk dan dia masih boleh datang ke Jerman," kata Tedesco.

Perkembangan itu menyaksikan Belgium membuka gelanggang kumpulan E berdepan Slovakia kendalian Francesco Calzona di Stadium Deutsche Bank Park diikuti Romania asuhan Edward Iordanescu di Rhein Energie Stadion, 23 Jun tanpa kelibat pemain berusia 32 tahun tersebut.

Biarpun begitu Meunier yang masih di Belgium untuk rawatan akibat kecederaan hamstring dijangka berpeluang untuk cergas untuk aksi terakhir kumpulan menentang Ukraine di MHPArena pada 27 Jun.

Sebagai rekod, Belgium sebelum ini terkesan berikutan kecederaan pemain pertahanan semasa persiapan menjelang Euro 2024 dengan Axel Witsel juga mungkin terlepas aksi berdepan Slovakia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, status pemain bek tengah Jan Vertonghen dan Arthur Theate yang kembali berlatih selepas diketepikan sebelum ini juga belum pasti dapat diturunkan Tedesco.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!