Harapan England di Euro 2024 tinggi

Kane
Kane
A
A
A

TEKANAN merupakan sesuatu yang satu keistimewaan, kata Kapten England, Harry Kane, yang akan mengetuai naib juara The Three Lions pergi lebih jauh dalam Kejuaraan Euro 2024 apabila menyingkap tirai kumpulan C berdepan Serbia di Stadium Veltins-Arena.

Three Lions sebelum ini dalam Euro 2020 tewas penentuan sepakan penalti kepada Itali, 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley.

"Setiap kejuaraan memberikan jangkaan berbeza tetapi kami telah mendapat hak untuk dikelaskan sebagai salah satu pasukan pilihan.

“Tetapi kami juga melihat diri kami secara individu dan sebagai satu pasukan dan kami tahu sebahagiannya kami telah melakukan banyak perkara dengan baik dan membanggakan negara dalam kejuaraan sebegini.

"Dan kali ini kami di Euro Jerman 2024 untuk menang dan tidak akan ada yang lebih baik daripada menghadiahkan kejuaraan ini untuk negara," kata penyerang Bayern Munich berkenaan.

Dalam pada itu, pengendali England, Gareth Southgate menegaskan semua pemain Three Lions bersedia untuk perlawanan pembukaan, termasuk pemain pertahanan Luke Shaw, yang tidak bermain sejak Februari selepas mengalami kecederaan hamstring.

"Kami mempunyai keputusan sama ada Luke boleh digunakan dari bangku simpanan atau tidak tetapi semua orang telah berlatih dan tersedia," katanya.

Pada masa sama Southgate berkata, England tidak mengambil mudah Serbia, walaupun lawan melepaskan lapan gol dalam tiga perlawanan ketika penyingkiran awal Piala Dunia 2022 di Qatar.

Artikel Berkaitan:

"Sangat sukar. Mereka mempunyai pemain individu yang bagus, semangat kolektif yang hebat. Penyerang berbahaya," kata pemain berusia 53 tahun itu.

England menentang Denmark di Stadium Deutsche Bank Park pada Jumaat sebelum berdepan Slovenia dalam perlawanan terakhir di Rhein Energie Stadion pada Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!