DUN Kota Lama kerusi tradisi MCA

Chua Hock Kuan
Chua Hock Kuan
A
A
A

KOTA BHARU - Pengurusi MCA Kelantan, Chua Hock Kuan menegaskan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama adalah kerusi tradisi parti itu.

Sehubungan dengan itu katanya, kerusi tersebut perlu dikembalikan semula kepada MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) selepas parti berkenaan membuat keputusan untuk tidak bertanding di semua enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Kerusi tersebut diserahkan kepada Pakatan Harapan (PH).

"Jadi... tiada kawasan lain lebih sesuai daripada DUN Kota Lama yang ditandingi MCA Kelantan secara tradisi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, hal ini kerana tiada lagi kawasan di Kelantan yang masyarakat Cinanya mencecah 30 peratus selain Kota Lama.

Ujarnya, MCA Kelantan menghargai sokongan parti komponen BN di Kelantan yang meluluskan resolusi untuk memberi kerusi kepada parti itu bertanding pada PRU-16.

Hock Kuan memberitahu, sebagai parti nasional beliau sememangnya mengharapkan setiap negeri ada kerusi untuk membawa perjuangan MCA.

“Resolusi BN Kelantan itu ibarat kembali kepada asal, di mana semasa BN bertanding solo dulu, kerusi ini (Kota Lama) sememangnya kerusi ditandingi MCA," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan 2024 mengambil ketetapan 10 resolusi antaranya memperuntukkan kerusi kepada MCA dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, parti itu perlu kekal relevan supaya dapat menerajui kepimpinan kerajaan Kelantan ke arah yang lebih berdaya saing dan hubungan kerjasama antara parti komponen BN bersama komponen parti Kerajaan Perpaduan perlu diperkukuhkan.

Menurut beliau, pada PRU15 lepas, MCA tidak diperuntukkan kerusi dan terlepas peluang untuk bertanding tetapi dalam BN konsep kebersamaan diamalkan secara tradisi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!