Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar

Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha esok. Foto Bernama
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha esok. Foto Bernama
A
A
A

GUA MUSANG - Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota polis trafik bersama anggota Jabatan Sukarelawan ditempatkan di laluan bandar itu untuk memantau keadaan trafik.

"Laluan di Kuala Lipis-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Krai juga lancar seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Sementara itu, perantau, Azhar Aiman Rusli, 25, berkata, perjalanannya dari Plaza Tol Gombak lancar memandangkan bilangan kenderaan tidak banyak.

"Saya menukar rancangan untuk bertolak pulang hari ini selepas mendapati trafik pada semalam mengalami kesesakan teruk sejak awal pagi," katanya ketika ditemui di bandar berkenaan.

Tinjauan Bernama hingga 6.45 petang ini, mendapati laluan alternatif Gua Musang-Jeli menuju daerah Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah juga dilaporkan lengang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!