Sempat ajar Zulkifli mengucap di Gunung Denali

Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara, Zainudin Lot ketika bertemu pengamal media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Sabtu. Foto Bernama

A
A
A

SEPANG - Peserta Ekspedisi Gunung Denali, Zainudin Lot, 48, sempat mengajar sahabatnya Zulkifli Yusuf (Ajoi) mengucap pada hari kedua berlindung dalam cuaca ribut.

“Masa hari itu suhu -25 darjah celcius kami berpelukan tanpa makanan dan minuman, detik akhir Ajoi sentuh bahu saya, dia renung wajah saya.

“Saya tengok dia amat lemah, saya suruh dia mengucap dan dia ikut sampai separuh tapi akhirnya 'pergi',” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Sabtu.

Beliau yang tiba bersama isterinya pada jam 2.30 petang mengakui masih trauma dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya ketika perjalanan turun dari puncak gunung berkenaan, 28 Mei lalu.

Menurutnya sebelum itu dia sempat bermaafan antara satu sama lain.

Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara, Zainudin Lot menunjukkan kesan kecederaan pada jarinya disebabkan oleh pembekuan kulit dan tisu (frostbite) kepada ibunya, Jasidah Hamid, 73, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. Foto Bernama

“Saya cakap dengan arwah Ajoi antara saya atau dia akan pergi dulu kerana cuaca di luar begitu buruk.

“Empat hari kami berhimpit dalam celahan ais yang kami korek sedalam dua kaki dengan penyodok.

Artikel Berkaitan:

“Kemudian lubang yang kecil itu dialas beg-beg dan kanvas shelter di kawasan yang rata,” katanya

Jelasnya, pada hari kedua mereka sebenarnya sudah terputus bekalan makanan dan minuman.

“Ajoi sebenarnya tidak cedera, tapi dia terkena serangan ‘high altitude’ dan panik, keadaannya serba tak kena dan otak dia mula tidak boleh berfikiran waras.

“Dia mula buka baju sebab panas dan tak selesa, lepas satu jam saya pakaikan dia emergency blanket, dia sedar dan boleh berjalan semula,” ujarnya.

Zainudin yang hanya mengalami kecederaan ringan berkata, dia masih setia menemani jenazah rakannya itu kerana tidak mampu bergerak keluar disebabkan cuaca buruk dan hanya mampu menanti hingga bantuan tiba.

“Hari keempat ada dengar bunyi helikopter berlegar tapi tak boleh mendarat, saya keluar lambai tangan kali kedua helikopter datang lagi dan masih berlegar. Saya masuk balik dalam dan berserah pada ALLAH.

“Kali ketiga helikopter datang saya merangkak keluar dari tempat perlindungan,” katanya.

Zainudin dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media, konsulat dan komuniti Malaysia yang banyak membantu melancarkan proses menyelamat dan penghantaran jenazah Zulkifli Yusof (Ajoi).

Sementara itu kepulangan anak keempat daripada enam beradik itu turut disambut oleh ahli keluarga termasuk ibunya Hasidah Hamid,73.

“Alhamdulillah doa makcik setiap hari dimakbulkan ALLAH, masa tahu tahu dia terkandas, Yaassin tu memang tak lepas dari tangan sampailah dengar berita dia (Zainudin) berjaya dibawa turun barulah hati makcik lega,” katanya.

Zainudin bersama bersama dua lagi rakan pendaki, Muhammad Illaham Ishak dan Zulkifli tiba di puncak Gunung Denali berketinggian 6,190 meter sekitar 11 malam 27 Mei lalu. (waktu tempatan. )

Ketiga-tiga pendaki itu walau bagaimanapun terkandas akibat cuaca buruk ketika dalam perjalanan turun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!