Ustaz Don beri penjelasan

Don Daniyal
Don Daniyal
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PENDAKWAH selebriti, Don Daniyal Don Biyajid menjelaskan beliau tidak menyebut mana-mana hadis ketika bersiaran dalam program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia di TV1,semalam.

Don Daniya atau dikenali sebagai ustaz Don berkata, perkara tersebut hanya dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.

Katanya, beliau hanya memetik dan menghuraikan kitab Tanqihul Qaul Al Hadith (syarah) dan kitab Lubab Al Hadith dari Imam An Nawawi Al Bünyan’ı.

"Nombor satu orang terlepas pandang semalam saya tidak sebut hadis, benda itu dimanipulasi. Saya kan baru jumpa pihak berautoriti iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), benda yang mereka beritahu kita berhati-hati.

"Mereka bagi panduan, mesti saya pegang apa yang dipesan. Mungkin ada salah faham. Sebab jadi spekulasi teruk bila lihat video sekerat dan tidak penuh," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya.

Terdahulu, RTM sekali lagi membuat keputusan untuk merehatkan Don Daniyal daripada program Salam Baitullah.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman hari ini.

Difahamkan, program Salam Baitullah untuk tahun ini hanya berbaki empat episod sahaja lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini pada 5 Jun, Ustaz Don juga pernah direhatkan daripada muncul dalam program yang sama.

Bagaimanapun semalam, Ustaz Don kembali tampil dalam program berkenaan yang disiarkan di stesen RTM sebelum direhatkan kembali sekali lagi, hari ini.

Menurut ustaz Don, keputusan untuk merehatkan beliau dimaklumkan melalui satu hantaran di aplikasi X sama seperti sebelumnya.

Jelasya, bagaimanapun beliau menghormati keputusan institusi tersebut.

"Saya dapat tahu hanya melalui aplikasi X. Kata ulamak sunnah nabi antara yang besar adalah menyayangi umat nabi Muhammad SAW dan salah satu cara untuk menyayangi baginda adalah dengan bersabar dengan umat nya.

"Jadi harapan saya kepada semua netizen seperti mana kita nak makan, kita memilih kita tak makan sebarangan kita tengok ada halal atau tidak begitulah utamakan kepada ilmu, perhatikan siapa yang menyampaikan dengan lihat latar belakang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!