Ustaz Don seru jabatan agama keluar garis panduan ‘dating’ mencari jodoh

ISLAM tidak mengongkong umatnya dalam pergaulan antara lelaki dan wanita namun perlu mengikut panduan yang dibenarkan syarak. Gambar hiasan/Foto CANVA
ISLAM tidak mengongkong umatnya dalam pergaulan antara lelaki dan wanita namun perlu mengikut panduan yang dibenarkan syarak. Gambar hiasan/Foto CANVA
A
A
A

HANGAT mengenai isu ‘speed dating’ yang mendapat perhatian dan pendapat orang ramai termasuklah pandangan mufti dan tokoh agama baru-baru ini.

Terbaharu, pendakwah selebriti, Ustaz Don Danial Don Biyajid menyeru jabatan agama untuk mengeluarkan garis panduan ‘dating’ atau mencari jodoh yang dibenarkan dalam Islam.

USTAZ DON DANIAL
USTAZ DON DANIAL

Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Ustaz Don menjelaskan, Islam bukan agama yang mengongkong umatnya tanpa sebarang alasan munasabah namun ia menyekat perkara-perkara yang boleh merosakkan generasi.

“Islam tak kongkong kita pakai baju macam mana, asalkan menutup aurat. Islam juga tak pernah halang untuk bekerjaya, tak semua orang perlu menjadi ustaz.

“Tetapi Islam adalah agama yang ada undang-undang. Bila bercerita pasal ‘speed dating’, ada tak (pasangan itu) melakukan benda yang Islam larang?

“Kalau ada pegang tangan, kalau ‘dating’ buka baju, itu haram. Kalau sekadar duduk bersembang, ia sama seperti bersembang di pasar raya dan pejabat,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya lagi, ‘speed dating’ merupakan salah satu metodologi untuk mencari jodoh apatah lagi zaman sekarang susah untuk mendapatkan pasangan.

APAPUN perbuatan yang dilakukan hendaklah mengikut garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan Islam termasuk urusan mencari jodoh. Foto CANVA
APAPUN perbuatan yang dilakukan hendaklah mengikut garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan Islam termasuk urusan mencari jodoh. Foto CANVA

“Kita sejak dari kecil bersekolah di sekolah campur (lelaki dan perempuan), kita kena faham suasana itu. Bukan membenarkan ikhtilat atau pergaulan. Pergaulan antara lelaki dan perempuan itu berlaku secara normal di keliling kita tanpa berbuat dosa.

“Jadi, kita kena faham ada orang yang berusaha mencari jodoh dan ini (speed dating) salah satu jalan yang ada sekiranya betul dengan cara Islam,” jelasnya.

Beliau turut membaca firman ALLAH SWT dalam ayat ke-30 Surah al-Israk:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam). (Sesuai) fitrah ALLAH disebabkan DIA telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan ALLAH. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Menurut Ustaz Don lagi, apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan, perlu meletakkan Islam dan undang-undang terlebih dahulu.

ISLAM sangat menganjurkan umatnya berkahwin bagi menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita. Foto CANVA.
ISLAM sangat menganjurkan umatnya berkahwin bagi menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita. Foto CANVA.

“Cara dia susun satu-satu. Boleh tak lelaki dan perempuan bersembang? Hukumnya boleh terutamanya bab hendak mencari jodoh. Apakah tempat itu tertutup atau restoran (terbuka)? Kalau umum (restoran terbuka) boleh.

“Jadi saya menyeru kepada jabatan agama dan mereka yang berautoriti supaya mengeluarkan garis panduan bagaimana cara nak ‘dating’ atau mencari jodoh,” katanya.