Keracunan makanan: Lima lagi dirakam keterangan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di sini pada Isnin.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di sini pada Isnin.
A
A
A

GOMBAK - Lima lagi individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dua kes kematian dipercayai akibat keracunan bihun dan telur disediakan untuk program sekolah agama di di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, jumlah keseluruhan individu telah dirakam keterangan adalah seramai 13 orang.

"Lima individu terbaharu yang dirakam percakapan membabitkan ahli keluarga (mangsa), doktor patologi, dan peramusaji. Rakaman percakapan dibuat semalam (Rabu),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan, polis selesai merakam keterangan lapan individu termasuk pihak penganjur, jawatankuasa, pengetua, dan individu terlibat dalam penyediaan makanan.

Noor Ariffin dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua laporan kematian akibat kejadian tersebut Isnin lalu.

Untuk kes yang pertama, hasil siasatan mendapati seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun telah makan makanan dibawa balik ibunya dari program di sekolah tersebut.

Kes kedua pula membabitkan mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang turut maut selepas makan makanan dibawa pulang bapanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!