Dua maut keracunan makanan disediakan program sekolah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa kemudian dilapor mengalami cirit-birit dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1.30 petang, pada Isnin.

"Bapa mangsa telah hubungi pihak MERS 999 untuk bantuan sebelum anaknya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noor Ariffin berkata, mangsa kedua melibatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

"Bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan telah membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

"Bapa mangsa ada memberi anaknya makan makanan itu," katanya.

Ujarnya, kanak-kanak itu kemudian demam, muntah dan cirit birit pada Isnin sebelum dibawa ibunya ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes dilklasifikasi sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil dengan menghubungi Ketua Polis Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor R Khalpna di talian 012-5018901.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!