X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas maut dilanggar bas RapidKL

A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang warga emas maut dilanggar bas RapidKL di Jalan Chan Sow Lin malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, warga emas itu dikatakan secara tiba-tiba melintas di hadapan laluan bas yang menghala ke Lebuh Pudu.

Rapid Bus dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa berusia lingkungan 60-an mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kenyataan itu turut menyebut, pemandu bas bersama 20 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Bandar.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

"Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa berusia 71 tahun sedang melintas dan pemandu bas tidak sempat mengelak disebabkan jarak mangsa terlalu dekat dengan pemandangan terhad.

"Mangsa maut di lokasi kejadian kerana kecederaan parah pada bahagian kepala. Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, " katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus