Satu kes disyaki keracunan kupang di Melaka

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengesahkan menerima kes keracunan makanan melibatkan seorang lelaki disyaki berkaitan pengambilan kupang.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, bagaimanapun siasatan masih dijalankan.

Menurutnya, pesakit berusia 34 tahun yang menerima rawatan di Hospital Alor Gajah sejak Sabtu lalu dilaporkan stabil.

"Ya memang ada satu kes di Hospital Alor Gajah dipercayai berkaitan keracunan kupang tapi masih lagi dalam siasatan oleh pihak Jabatan Perikanan sama ada ia sah atau sebaliknya.

"Pesakit itu sudah sihat dan akan keluar dalam waktu terdekat," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Sinar Harian pada April lalu melaporkan lapan individu terpaksa dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami keracunan akibat memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar Port Dickson.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, kejadian ini mula dikesan pada 1 April lalu apabila Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson menerima notifikasi dari Hospital Port Dickson.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!