Tiga rumah setinggan terbakar

Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran di lokasi kejadian. Foto:JBPM KL
Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran di lokasi kejadian. Foto:JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga rumah setinggan dan dua kereta terbakar dalam kejadian di Jalan Pudu Lama petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dibantu BBP Pudu dan BBP Titiwangsa dengan kekuatan 37 anggota dikejarkan ke lokasi.

"Tiga rumah setinggan berkeluasan 900 kaki persegi musnah keseluruhan.

"Kejadian itu turut melibatkan dua kereta jenis Honda City dan Perodua Bezza yang terbakar antara lima hingga 15 peratus.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 4.58 petang dan padam sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian," katanya.

Rumah setinggan yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Pudu Lama petang tadi. Foto:JBPM KL
Rumah setinggan yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Pudu Lama petang tadi. Foto:JBPM KL

Katanya, kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: