Rakyat Kedah diminta jimat air

Zamri (tengah) melancarkan Kempen #Jimat Jangan Bazir di perkarangan Muzium Negeri Kedah, di sini, hari ini.
Zamri (tengah) melancarkan Kempen #Jimat Jangan Bazir di perkarangan Muzium Negeri Kedah, di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah mensasarkan penurunan penggunaan air harian sebanyak 10 liter bagi setiap individu bagi tempoh tiga hingga lima tahun dalam merealisasikan kempen supaya penduduk di negeri tersebut menggunakan air secara jimat.

Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga, Datuk Zamri Yusuf berkata, pihaknya mendapati purata penggunaan air seorang individu di Kedah adalah sebanyak 230 liter sehari iaitu purata penggunaan yang jauh lebih besar berbanding sasaran ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu hanya 180 liter bagi seorang individu sehari.

"Di Kedah, kita meletakkan sasaran supaya setiap penduduk negeri ini dapat menjimatkan penggunaan air harian daripada 230 liter setiap individu sehari kepada 220 liter sehari," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen #Jimat Jangan Bazir di perkarangan Muzium Negeri Kedah, di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, R Summugam dan dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung yang tidak mahu ketinggalan mengikuti pelancaran kempen di pekarangan Muzium Negeri Kedah itu.

Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan negeri melancarkan kempen penggunaan air secara berhemah peringkat Kedah dalam usaha menyampaikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menggunakan air secara berhemah.

Zamri berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif menganjurkan 'Water Hero Challenge' dengan ganjaran terkumpul sebanyak RM100,000 sempena kempen berkenaan.

Katanya, pengguna perlu berusaha menurunkan penggunaan bulanan bagi dua bulan berturut-turut untuk layak menyertai cabaran tersebut dalam peraduan diadakan hingga Mac ini.

Artikel Berkaitan: