SKMM, UNODC kerjasama perangi jenayah siber seluruh Asia Tenggara

SKMM kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh TV Pertiwi memandangkan proses siasatan terhadap portal itu masih dijalankan.
SKMM kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh TV Pertiwi memandangkan proses siasatan terhadap portal itu masih dijalankan.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama rapat dengan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) dalam usaha memerangi jenayah siber di seluruh Asia Tenggara.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, perkara itu ditegaskan ketika Dialog Dasar bersama UNODC khususnya untuk menangani ancaman dinamik yang sentiasa berkembang dalam alam digital.

Menurutnya, dialog yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa hingga Rabu itu membincangkan mengenai peraturan industri dan penguatkuasaan dalam mengurus jenayah siber.

“Dialog ini berfungsi sebagai platform kritikal untuk penggubal dasar, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pemimpin industri bagi membincangkan serta merangka strategi untuk dunia digital lebih selamat.

“Ia termasuk mengukuhkan peraturan untuk platform ‘over the top’ (OTT) bagi membendung jenayah siber dan penyebaran kandungan haram serta terlarang.

“SKMM sangat menyokong penyelesaian teknologi yang mengutamakan keselamatan pengguna dan mengurangkan penyebaran kandungan tersebut merentas platform dalam talian,” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut menurut SKMM, pihaknya turut mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan dan dasar serantau melalui perkongsian aktif dengan kerjasama wakil kerajaan dari Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam, Filipina serta Indonesia.

Katanya, usaha tersebut bertujuan membangunkan strategi serantau dan pelan tindakan untuk memerangi jenayah siber secara berkesan.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu, ia memfokuskan terhadap peningkatan keselamatan serantau, kerjasama rentas sempadan dan mengukuhkan rangka kerja undang-undang sambil mengimbangi inovasi teknologi dengan peraturan yang teguh.

“Penting untuk memahami arah aliran utama untuk mencapai kejayaan dalam pengawalseliaan dan memastikan ekosistem digital yang berdaya tahan.

“Keseimbangan demikian penting untuk memupuk persekitaran digital selamat dan pertumbuhan ekonomi sambil melindungi hak asasi manusia.

“SKMM memainkan peranan penting dalam memudahkan perbincangan untuk menangani cabaran peraturan platform OTT dan penggubalan dasar pencegahan jenayah siber yang komprehensif, memperjuangkan pendekatan kolaboratif untuk meningkatkan keselamatan digital,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!