Jumlah jutawan meningkat di seluruh dunia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

NAIROBI - Jumlah jutawan di dunia meningkat dua kali ganda sejak sedekad lalu dan mereka adalah lebih kaya daripada 60 peratus penduduk global.

Menurut laporan badan kebajikan Oxfam, wanita di seluruh dunia bekerja 12.5 bilion jam sehari tanpa dibayar gaji dan ia dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya AS$10.8 trilion (RM44 trilion) setahun atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding industri teknologi.

"Jurang antara individu kaya dan miskin tidak dapat diselesaikan tanpa dasar yang menghalang ketidaksamaan.

"22 lelaki terkaya di dunia memiliki kekayaan lebih banyak berbanding semua wanita di Afrika. Adalah penting untuk kita sedar bahawa enjin ekonomi yang tersembunyi sebenarnya adalah wanita yang tidak dibayar untuk kerja mereka," kata ketua Oxfam India, Amitabh Behar.

Jika satu peratus daripada orang kaya di dunia membayar hanya 0.5 peratus cukai tambahan untuk kekayaannya selama 10 tahun, ia akan menyamai pelaburan yang diperlukan bagi mewujudkan 117 juta pekerjaan baharu dalam penjagaan orang tua dan kanak-kanak.

Berdasarkan statistik Oxfam, seramai 2,153 orang jutawan mempunyai lebih banyak kekayaan daripada 4.6 bilion orang paling miskin di dunia. - AFP

Artikel Berkaitan: