'Kahwin paksa' lebih baik daripada dicurangi - Akmal

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Penyertaan UMNO dalam pembentukkan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diibaratkan sebagai "kahwin paksa" adalah lebih baik daripada mendapat "pasangan curang", kata Ketua Pergerakan Pemudanya Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ketika memberikan perumpamaan itu, Dr Akmal berkata walaupun ada antara parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak pernah menjalin kerjasama, atau tidak punyai keserasian sebelum ini, namun ia bukan alasan untuk tidak mewujudkan persamaan dan kesamarataan demi negara.

"Ada orang kata kita ini kahwin paksa, tetapi ibu ayah kita, atuk nenek kita dulu mereka kahwin pun tak kenal sesama sendiri, kalau duduk bercinta 10 tahun tapi tahun pertama kahwin lelaki curang buat apa.

"Kalau kita nak kekal dalam Kerajaan Perpaduan mesti mempunyai tiga perkara iaitu yang pertama kena saling menghormati satu sama lain, memahami antara satu sama lain dan mempercayai antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini,

Beliau turut menyeru agar sayap-sayap parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan menolak segala perbezaan dan mencari titik persamaan agar kestabilan politik negara terus terjamin.

Dalam sesi yang sama, Ketua Angkatan Muda Harapan Dr Kelvin Yii Lee Wuen pula berkata setiap perbezaan seharusnya dilihat sebagai kekuatan dan bukannya sebagai halangan untuk membina perpaduan dalam masyarakat di negara ini.

"Bagi saya dalam setiap perjuangan, dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan asasnya adalah perpaduan, tanpa perpaduan kita tidak ada kestabilan, tanpa kestabilan kita takkan ada perkembangan, tanpa perkembangan kita tiada transformasi dan tanpa transformasi kita tiada kesejahteraan.

"...saya berdiri di sini bersama pemimpin (parti politik yang lain) untuk membina semula negara tercinta ini atas dasar dan prinsip hormat dan ihsan terhadap semua kaum, agama dan bangsa dan semua latar belakang inilah asas pembentukan negara tercinta Malaysia," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi

ARTIKEL BERKAITAN: Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu

ARTIKEL BERKAITAN:Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan

ARTIKEL BERKAITAN:19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian

ARTIKEL BERKAITAN:Dua pendekatan noktahkan kemiskinan tegar - Nancy

ARTIKEL BERKAITAN:Insurans Rahmah dilancar hujung bulan ini - Salahuddin