Content sampah: Sengaja cari perhatian atau cetek akal?

Seorang pempengaruh TikTok dikecam hebat apabila tular video dia dan rakannya melangkah kubur.
Seorang pempengaruh TikTok dikecam hebat apabila tular video dia dan rakannya melangkah kubur.
A
A
A

MERAK Jalanan pelik melihat ramai anak muda zaman sekarang yang ghairah menjadi pempengaruh dengan memuat naik content tidak masuk akal di media sosial.

Tidak dinafikan, ada sesetengah content mereka menghiburkan hati sehingga dapat menghilangkan stres penonton. Tapi banyak juga content yang membuka ruang untuk dikecam.

Merak Jalanan tak pasti mereka sengaja membuat video yang kontroversi untuk menaikkan view dan jumlah pengikut, atau sebenarnya akal fikiran pempengaruh itu cetek.

Kadangkala tertanya juga, dah kenapa buat video sampai memperbodohkan diri. Malah ada yang sengaja mempersendakan agama sendiri.

Sepatutnya carilah idea content yang membentuk masyarakat ke arah kebaikan, memberi informasi berguna dan pengajaran kepada semua.

Nasihat Merak Jalanan, jangan terikut dengan budaya luar yang bebas memaparkan video-video sensitif.

Cuba ikut contoh pempengaruh seperti Khairul Aming atau Sofyank yang mencipta kandungan positif kepada masyarakat.

Merak Jalanan puji Khairul Aming bergandingan bersama Sofyank menghasilkan video kesedaran mengenai Palestin. Malah video mereka meraih komen sangat positif daripada netizen.

Artikel Berkaitan:

Tidak hairanlah kedua-dua mereka turut mendapat perhatian dan pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Merak Jalanan juga berpandangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu tampil dengan garis panduan khusus untuk pencipta kandungan di media sosial agar tidak terlalu bebas.

Mungkin akan ada yang bersuara garis panduan itu akan menyekat kreativiti pempengaruh menghasilkan video, tapi ia lebih baik daripada setiap hari rakyat Malaysia sakit hati menonton content sampah dan tidak ada adab.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!