Ahmad Zahid ucap tahniah kepada anak Orang Asli cemerlang SPM

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada 47 remaja Orang Asli yang telah mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada Isnin.

“Alhamdulillah, saya mendapat perkhabaran gembira daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai keputusan SPM yang diterima oleh anak muda Orang Asli pada hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa seramai 47 orang anak muda Orang Asli telah mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM 2023 dan salah seorang daripadanya mendapat keputusan 11A.

“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing kerana berjaya mendapat keputusan 11A. Hebat! ” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua anak muda yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2023.

“Saya doakan semoga kalian semua terus beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, Insya-ALLAH,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: